TRENDING NOW


Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat pengutip sampah, 'pak guard' dan seumpamanya.

Pernahkah kita melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?

Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.

Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.

Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.

Beberapa soalan :

- Pernahkah anda menyapa mereka? 
- Pernahkah anda menggembirakan mereka? 
- Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada 
   mereka? 
- Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan 
   seumpama hari raya dsb kepada mereka? 
- Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan  
   menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih 
   mungkin?

Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka.....

Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat.

Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai 'jaga' atau 'security guard' di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah.

Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya.

Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori 'tidak wajib' untuk membayar zakat.

Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga.....!


Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, beliau adalah Luqman bin Baa'ura'. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Nabi Daud AS dan menuntut ilmu darinya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala berkulit hitam yang kemudian di beri kurnia kemerdekaan dan pengetahuan. 

Mari kita sama-sama mendengar kisah ketaatannya yang jitu terhadap Allah SWT... 

Diriwayatkan dari Sai'id bin Amir berkata." Telah bercerita kepada kami, Abu Ja'far : "Luqman Al-Habasy adalah seorang hamba milik seorang lelaki. Suatu ketika, dia dibawa ke pasar untuk di jual. Luqman bertanya kepada seorang lelaki yang berhasrat untuk membelinya: "Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?" "Kamu akan ku suruh melakukan itu dan ini," jawab calon pembeli. "Aku mohon kepadamu agar membatalkan niatmu untuk membeliku!" pinta Luqman. Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya. "Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?" kata Luqman. "Kamu akan ku beri tugas sebagai penjaga rumahku," jawab lelaki calon pembelinya. "Jika demikian, aku mahu kamu beli!" kata Luqman. 

Lelaki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke rumahnya. Majikan Luqman pada saat itu juga mempunyai tiga orang anak wanita yang menjadi pelacur di desa itu. 

Pada suatu ketika, majikannya pergi ke kebun. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman : "Aku telah menyiapkan makanan di dalam kamarnya, sepeninggalanku kuncilah pintu dan kamu harus menjaga pintu ini. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!" Sejenak kemudian ketiga puteri majikannya datang dan berkata kepada Luqman, "Bukalah pintu ini!" Kerana telah menerima pesan dari majikan, maka Luqman pun menolak untuk membukanya dan akhirnya ketiga gadis itu marah dan memukulnya. 

Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu . Apabila si majikan pulang, ia tetap merahsiakan perlaku ketiga puteri majikan terhadapnya. Dalam kesempatan berikutnya, si majikan kembali ke kebunnya. Sebagaimana dia telah berpesan kepada Luqman, dan selagi itulah Luqman menjaga amanah yang telah diberikan oleh majikannya. Dan sebagaimana peristiwa semalam, Luqman dicederakan oleh tiga orang puteri majikannya kerana beliau enggan membuka pintu sepertimana yang diarahkan oleh wanita-wanita tersebut. 

Melihat keteguhan hati Luqman, puteri sulung majikannya kemudian berasa simpati terhadap Luqman dan berkata: "Mengapa hamba Habsyi ini lebih mengutamakan ketaatan kepada Allah SWT berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat!" Dan puteri sulung majikan Luqman itupun bertaubat kepada Allah SWT.

Si bongsu berkata, "Mengapa hamba Habsyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah SWT berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat" Demikianlah si bongsu akhirnya mengikut jejak kakak sulungnya dengan bertaubat kepada-Nya. 

Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat , puteri kedua majikan Luqman berkata "Mengapa dua orang saudaraku dan hamba Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah SWT berbandingku? Demi Allah, aku akan bertaubat juga!" Akhirnya dia pun bertaubat. 

Setelah ketiga puterinya yang bekerja sebagai wanita pelacur itu bertaubat, maka teman sekerjanya di desa berkata, "Mengapa budak Habsyi dan ketiga gadis si fulan itu lebih mengutamakan taat kepada Allah SWT berbanding kami?" Hal tersebut mendorong mereka untuk bertaubat sebagaimana rakannya sehingga jadilah mereka sebagai ahli ibadat di desa itu." 

Demikianlah bahawa usaha dakwah bukan hanya melalui ucapan lisan tetapi juga melalui tindakan, atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman Al-Hakim dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga fitrah seorang manusia untuk selalu beribadat kepada Tuhan menjadi kenyataan tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu dengan baik… 

Sumber: Mereka Yang Kembali. Ibnu Qudamah Al-Maqdisy terjemahan Abu Ahmad Najeh dan M Luqman Hakiem, Risalah Gusti, ed 1, Surabaya, 1417 H. Hal 120-122. (dengan beberapa perubahan)

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.
Jika sembahyangmu 10 minit, cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.
Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu tidak bersyukur padanya... ... 
kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah, kereta dan sebagainya... ... .
tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... .. 

kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman - teman mu, 
menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, 
dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redho dengan apa yang ada di sisi kamu itu. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu , 
menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mahu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. 
Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan? 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuatamal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah. 

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud: 
" Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar". 

Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima? Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang? 

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud: 
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang". 

Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya. 

Sampai-sampaikan sahabatku disini walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazzakumullahu khairanjaza’

Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibril as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, 

Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari sholatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.“ 

Kemudian Jibril as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?“ 

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…

“ Kemudian Jibril as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?

“ Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .

” MasyaAllah….kerana solat dua rakaat, imbalannya cukup besar..adakah kita mahu melepaskan peluang itu?Begitu kasih dan besar rahmat Allah pada hamba-hambaNya..beruntung bagi mereka yang menyucikan diri dan rugilah bagi mereka yg mengotorinya….Sayangnya Allah pada kita umat Nabi Muhammad…Nabi Akhir Zaman….Nabi kesayangan kita….. 

wallahualam…

Sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat.

Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Seorang wanita yang berkata kepada suaminya,
"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya.

Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa?

Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun.
" Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.

Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang burukwalaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah.

Na'uzubillahi min zalik.

Wallahualalm

Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa.
Antara adab-adab itu ialah:

a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w.
Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca:
Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah)
– Hadis riwayat Abu Dawud, no: 2010.

Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata:
“Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-
Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.
(Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)”
– Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743.

Di samping doa-doa di atas,
kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab
(makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa.
Sabda Rasulullah s.a.w :

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”
– Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.

b. Menyegerakan Berbuka Puasa.
Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa.
Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib.
Utamakan berbuka dari sibuk berzikir,
membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa
menyegerakan berbuka puasa.”
– Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman:

“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan
berbuka puasa.”
– Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.

c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.
Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan.
Ia lembut dan manis.
Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak
terjual di pasaran.
Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w.

Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab.
Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.”
– Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.

d. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.
Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat
Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air.
Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah
makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan.
Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solatMaghrib.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam
Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaantenang.”
– Hadis riwayat al-Bukhari, no: 674.

Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka surat 208:
“Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan
yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

e. Berbuka Puasa Secara Sederhana.
Firman Allah S.W.T:

“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indahsetiap kali kamu ingin ke
tempat ibadat (mengerjakan solat)
dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau.
Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”
– Surah al-A’raaf : 31

Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk
kita melepas geram
kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman.
Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim
yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi s.a.w:

“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.
Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya).
Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan,
satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
– Hadis riwayat al-Tirmizi no: 2302.

f. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.
Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa
untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin,
anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah.

Firman Allah S.W.T:

“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin,
anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati):
Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan
kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.”
– Surah al-Insaan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar.
Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan,
semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya.

Sabda baginda s.a.w:

“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa,
pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa,
iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.”
– Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.

WALLAHUALAM