Pernah tak anda mengalami sesuatu peristiwa seperti ini...
Didatangi oleh peminta sedekah merayu-rayu pada anda
Ada kucing datang mendekati anda kerana kelaparan
Didatangi anak2 yatim meminta sedikit wang daripada anda dalam keadaan terdesak
Diminta oleh ibu ayah anda agar pulang ke kampung kerana dah lama sangat tak balik
Jika pernah, pastikan anda tunaikan permintaan2 seperti ini. Pasal itulah sebenarnya 'cara' Allah SWT nak memberi anda 'rezeki lebih'. Rezeki di sini bukan bermaksud wang sahaja. Ia boleh jadi kesihatan, keselamatan, ketenangan, kebahagiaan...
Ketahuilah... Boleh jadi dengan berbuat baik pada binatang seperti memberi kucing kelaparan makan akan 'mengubah' takdir buruk anda pada hari berkenaan kepada takdir baik. Jangan tak tahu... Walaupun binatang seperti kucing tak boleh bercakap seperti kita, tetapi mereka juga 'mampu berdoa' pada Ilahi dalam bahasa mereka sendiri. Cuma kita jer yang 'tak faham' dan 'tak dengar' bahasa doa mereka.
Begitulah juga hal dengan ibu bapa. Boleh jadi permintaan ibu bapa meminta anda balik kampung itu adalah 'permintaan terakhir' sebelum mereka pergi ke rahmatullah. Jadi, penuhilah permintaan mereka. Dan boleh jadi dengan memenuhi permintaan mereka, anda akan 'terselamat' daripada menjadi seorang anak derhaka. Itulah tanda Allah SWT masih sayang kepada anda.
Sesekali mesti anda pernah mengalami situasi didatangi peminta sedekah. Itu bermakna Allah SWT ingin memberi 'rezeki lebih' kepada anda. Kedatangan peminta sedekah itu hanyalah 'ujian' untuk menguji keimanan anda. Sekiranya anda jenis tak berhati perut dan berbelas kasihan apatah lagi melayan biadap kepada golongan2 ini, boleh jadi itu menjadi 'sebab' kenapa rezeki anda 'disekat' oleh Allah SWT. Jadi, berhati-hatilah... Jika anda boleh 'biadap' dengan hamba-hamba-Nya, tidak mustahil Allah SWT juga akan 'biadap' juga dengan anda. Renung-renungkanlah... Cuba belajar berfikir di 'luar kotak' sesekali. Jangan asyik fikir 'dalam kotak' jer. Bereh!
p/s : Pekerjaan utamaku adalah mendirikan solat 5 waktu. Pekerjaan
kedua utamaku adalah melayan baik ibu bapaku. Dan lain2 pekerjaan
selain daripada kedua-dua pekerjaan ini adalah part time. Renung-
renungkanlah... Insyallah!
Read more
Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH…
Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain…kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan….
Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut…
kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak…
lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut…dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya…lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut…pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan…sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya…lalu mereka semua berkata “KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!” kata tentera2 yg lain…pemuda tersebut berasa hairan…
lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin….
MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA…
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T…
PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud…
Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh …
Read more
Dari Abi Musa RA bahawa Rasulullah saw bersabda,
”Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi laki-laki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya..”
[HR Tirmizi dengan sanad hasan sahih]
1400 tahun yang lalu, setiap kali perintah Allah SWT turun melalui RasulNya, para sahabat tak pernah bertanya dan langsung melakukannya ketika itu juga. Hampir jarang ada penjelasan ilmiah. Dan biasanya kemudian, pada beberapa ratus tahun lagi tersingkap kebenaran misteri dalam berbagai perintah Rasul itu. Begitu pula dengan larangan lelaki memakai perhiasan dibuat dari emas termasuk emas putih.
Secara perubatan, inilah fakta kenapa hal itu berlaku dalam Islam. Para ahli fizik telah menyimpulkan bahawa atom pada emas mampu menembus ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia. Dan jika lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesan yang ditimbulkan iaitu di dalam darah dan air kencing akan mengandungi atom emas dalam peratus yang melebihi had (dikenali dengan sebutan ” Migrasi Emas “).
Dan apabila ini terjadi, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizikal serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas ? Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui keuzuran.
Fakta: Pakar perubatan di China telah membuat rawatan ‘Negatively Charged Gold Nanoparticles’ untuk mengubati Alzheimer.
Wallahualam
Read more
Sebagai manusia, kita tidak akan dapat lari perasaan sedih, susah hati, gundah gulana dan perasaan yang tidak menentu. Dalam hidup ini pelbagai perkara suka dan duka yang kita perlu lalui seperti yang telah ditentukan oleh Allah kepada setiap hambaNya.
Sedih adalah perasaan yang telah dianugerahkan Tuhan agar kita dapat mengecapi rasa didunia yang bermacam-macam. Sesungguhnya di syurga kelak kita tidak akan merasa sedih.
Pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran anda.
1. Menyedari bahawa keluh kesah akan menambahkan musibah.
2. Menyedari bahawa Allah tidak akan sekali-kali mengecewakan hamba-Nya.
3. Selalu berzikir kepada Allah kerana dengan berzikir hati akan menjadi tenang.
4. Mendekatkan diri dengan islam. Luangkan masa untuk mengikuti kelas-
kelas pengajian agama.
5. Sentiasa memohon perlindungan daripada Allah agar syaitan tidak
menyesatkan kita ketika kita sedang dilanda musibah dan kesedihan.
6. Mencontohi orang yang bergembira ketika menerima musibah. Belajarlah
bagaimana mereka tenang berhadapan dengan masalah.
7. Selalu berdoa dengan doa ini ketika sedih atau ditimpa musibah ;
” Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali (pada hari kiamat ).Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik.” (Riwayat Muslim no.918)
Wallahualam
Read more
Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.
Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”
Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”
Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.”
Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”
Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”
Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”
Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”
Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”
Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”
Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”
Nota:
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.
2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.
Wallahualam
Read more