June 2012

1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.

2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3. Rumah yang memelihara anjing.

4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6. Rumah yang sering meninggikan suara.

7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.

10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13. Rumah pemakan riba.

14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15. Rumah yang memiliki patung-patung.

16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17. Rumah yang didiami peminum arak.

18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

WALLAHUALAM

Diceritakan bahawa pada suatu hari*Abdullah bin Jaafarsedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing. “Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” tanya Abdullah bin Jaafar.

“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.

“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” tanya Abdullah.

“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus... bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

WALLAHUALAM

Saidina Uthman mati dibunuh pada petang khamis 16 Zulhijjah tahun 35 hijrah dan dimakamkan pada hari jumaat keesokannya pada usia 80 tahun atau 82 tahun. Menjadi khalifah selama 11 tahun 11 bulan dan 14 hari. Meninggalkan 16 orang anak iaitu 9 lelaki dan 7 perempuan.

Saidina Uthman dibunuh oleh oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’. Para sahabat pernah mencadangkan agar kaum munafik ini di bunuh, akan tetapi Uthman ra. melarang kerana mengikuti langkah Nabi yang melarang membunuh kaum munafik kerana di khuatiri musuh Islam akan menuduh orang Islam membunuh rakan mereka sendiri.

Ibn al-Musayyib menjelaskan bahawa terhadap 7000 bangsa Mesir datang mengadu kepada Uthman ra. mengenai gobenor mereka Ibn Abi Sarh yang zalim. Maka Uthman pun berkata : Pilihlah seseorang yang akan memerintah kamu. Lalu mereka memilih Muhammad ibn Abi Bakr. Uthman ra. menulis perlantikan untuknya dan merekapun kembali.

Didalam perjalanan pulang, yang mengambil masa perjalanan 3 hari dari Madinah, seorang hamba hitam bertemu mereka dengan membawa berita bahawa terdapatnya arahan dari Uthman ra. kepada Gobenor Mesir. Mereka mengeledahnya dan mendapati surat dari Uthman ra. kepada Ibn Abi Sarh mengarahkan kematian Muhammad ibn Abi Bakr dan beberapa orang sahabatnya.

Merekapun kembali ke Madinah dan mengepong Uthman ra. Mereka mendapati bahawa Unta, hamba hitam dan cop mohor adalah kepunyaannya, akan tetapi Uthman ra. bersumpah bahawa dia tidak menulis surat tersebut atau mengarahkan agar surat tersebut ditulis. Diketahui bahawa surat tersebut ditulis tangan oleh Marwan ibn al-Hakam. Uthman ra. telah dikepong selama 22 hari dimana beliau enggan menyerahkan Marwan dan enggan mengundurkan diri.

Pemberontak yang terdiri daripada perancang pemberontakan dan mereka yang diperdaya dan termakan hasutan untuk turut serta dalam pemberontakan, mereka merempuh masuk ketika para sahabat telah kembali ke rumah masing-masing setelah diperintahkan oleh Saidina Uthman. Pintu rumahnya di bakar, diugutnya untuk melepaskan jawatan, atau dibunuh!

“Aku tidak akan menanggalkan pakaian (jawatan khalifah) yang telah Allah pakaikan kepadaku! Aku akan terus berada dikedudukanku sekarang sehingga Allah memuliakan ahli sa’adah (orang yang dijanjikan kebahagiaan oleh Allah) dan menghina ahli syaqa’ (orang yang dijanjikan kecelakaan oleh Allah ). ” demikian kata Uthman sebagaimana yang diriwayatkan didalam tarikh al-Tabari ketika diugut meletakkan jawatan khalifah kaum muslimin.

Akhirnya beliau dibunuh, ditetak perutnya..mengalir darah syahid.. menitis darah di mushaf yang berada ditangannya,isterinya Na‘ilah, yang cuba mempertahankan suami tercinta, putus tangannya ditetak pemberontak laknatullah.

Kedua-dua pihak gembira dan berbahagia dengan peristiwa ini, berbahagialah Uthman menemui tuhannya sebagai syahid,berbuka puasa bersama Baginda s.a.w didalam syurga, sedang munafiq bergembira dengan kejayaan perancangan mereka menjatuhkan khalifah, nantikanlah kalian azab Allah yang membakar di akhirat kelak..

Beliau telah di bunuh pada hari terakhir Zulhijah, pada hari Jumaat, dalam keadaan beliau berpuasa, oleh beberapa orang pemberontak yang merempuh masuk kerumahnya. [al-Dhahabi, Siyar A`lam al-Nubala’ 1/2: 566-614]

WALLAHUALAM
Tahukah anda semua bahawa waktu minum air pun sangat penting untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita? Kajian membuktikan bahawa minum air pada waktu yang tepat dan sesuai boleh membuatkan tubuh seseorang susah untuk mendapat penyakit.

Di bawah ini adalah senarai waktu yang paling bagus untuk kita minum.Mari kita sama-sama berkongsi info ini.

Minum dua gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak – SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

WALLAHUALAM

Kisah yang menceritakan di mana malaikat maut-Izrail bersahabat dengan Nabi Yaakub AS. Suatu ketika Nabi Yaakub berkata kepada Izrail, aku inginkan sesuatu yang harus kamu tunaikan sebagai tanda persaudaraan kita.

”Apakah itu?” tanya Izrail. ”Jika ajalku telah dekat, beritahulah aku”. Malaikat maut berkata, ”Baiklah aku akan memenuhi permintaanmu, aku bukan hanya mengirim satu utusanku, namun aku akan mengirim dua atau tiga utusanku”. Setelah mereka bersepakat, mereka kemudian berpisah.

Setelah beberapa lama, malaikat maut kembali menemui Nabi Yaakub. Kemudian, Nabi Yaakub bertanya, ”Wahai sahabatku, apakah engkau datang untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

”Aku datang untuk mencabut nyawamu”, jawab malaikat maut. ”Lalu, mana ketiga utusanmu?” tanya Nabi Yaakub. ”Sudah kukirim”, jawab Izrail. ”Putih rambutmu setelah hitam, lemah tubuhmu setelah kuat dan bongkok badanmu setelah tegap. Wahai Yaakub, itulah utusanku untuk setiap bani Adam”.

Kisah di atas mengingatkan kita tentang tiga tanda kematian yang akan menemui kita setelah kita dipanjang usia oleh-Nya, iaitu rambut beruban, badan lemah dan bongkoknya badan. Sekiranya salah satu atau kesemuanya sudah ada pada kita, bererti malaikat maut telah menghantar utusannya. Cuma kita yang harus berwaspada.

Kematian adalah pasti seperti ditegaskan oleh Allah SWT, ”Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati”. (Surah Ali Imran: 185).

Oleh itu kita berharap agar saat sakaratulmaut yang akan kita alami, kita berada dalam keadaan tunduk dan patuh kepada-Nya.

”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam”. (Surah Ali Imran: 102).

Bila mati taklah tersangat penting bagi kita tetapi yang paling penting sejauh mana persiapan kita menghadapi kematian. Rasulullah SAW mengingatkan agar kita bersegera untuk menyiapkan bekalan sebaik dan secukup mungkin.

Berbekallah, ”Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa”. (Surah Al-Baqarah: 197)

Wallahualam

Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam.

Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak.
Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan.
Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata,intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah?
Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang,
“Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Berikut adalah catatan yang menarik mengenai Sulaiman al-Rajhi, pemilik al-Rajhi Bank iaitu bank Islam paling besar di dunia. Anggaran harta beliau yang dimiliki oleh Forbes adalah USD 7.7 bilion.

Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Hartanya telah pun diberikan kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf. Ini adalah contoh orang kaya yang beriman yang dapat kita jadikan teladan selain dari kisah Ahmad Dawjee Dadhaboy yang mewakafkan tanahnya di ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur.

Bagaimana Sulaiman al-Rajhi Bermula?

  1. Bermula dengan bisnes money exchange dan melihat masih belum ada bank Islam yang wujud, kira-kira 30 tahun dahulu.
  2. Berjumpa dengan pengurus (CEO barangkali) Bank of England dan juga pelbagai bank pusat tentang idea bank Islam, menyakinkan mereka bagaimana perbankan halal dapat mengukuhkan lagi ekonomi dunia kerana orang Islam dan Kristian tidak dapat berurusniaga dengan riba.
  3. Bermula di London dan setelah berjaya kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Sheikh Abdul Aziz Bin Baz.
Menjadi Miskin Semula Setelah Kaya
  1. Beliau pernah jatuh sebanyak dua kali, dan ‘miskin’ kali ketiga ini merupakan kehendaknya sendiri dan ia memberikan ketenangan dalam diri. Hartanya telah diberikan kesemuanya kepada anak-anak dan projek-projek wakaf.
  2. Sebahagian harta telah dibahagikan terlebih dahulu kepada anak-anaknya untuk mengelakkan isu perebutan harta yang merugikan syarikat, masyarakat dan negara.
  3. Sebahagian yang lain digunakan untuk projek-projek wakaf SAAR Foundation dan kesemua ini dilakukan semasa masih hidup dan bukan efektif selepas mati seperti yang selalu dibuat ramai orang.
Bertindak, bukan Sekadar Komplen
Antaranya …
  1. Beliau menyedari pada zamannya tidak wujud bank Islam, maka dengan usaha keras beliau bermula dari bawah.
  2. Beliau melihat proses sembelihan yang tidak sempurna, lalu beliau menubuhkan syarikat yang mengatasi hal berkenaan; al-Watania Poultry. Kini menguasai 40% pasaran di Arab Saudi.
  3. Beliau juga sedar terlalu banyak bahan kimia dalam makanan, maka al-Watania Agricultural terlibat pula menanam sayur secara organik untuk memastikan lebih ramai yang makan makanan yang bebas bahan kimia berbahaya.
Pendidikan Kewangan Anak-anak
  1. Memastikan anak-anak pandai menguruskan bisnes dan pelaburan sendiri seperti anak-anak perlu ‘bekerja’ untuk mendapatkan duit. Tiada istilah dapat duit ‘in exchange of nothing’.
  2. Menjadi mentor terbaik untuk semua anak-anaknya.
  3.  Sesibuk mana pun menguruskan bisnes dan pelaburan, pastikan persaudaraan sesama keluarga dijaga dan juga kehidupan di akhirat.
Lagi Yang Menarik
  1. Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?
  2. Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.
  3. Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.
  4. Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.
  5. Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.
  6. Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.
  7. Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.

Pada suatu hari,orang-orang atheis meminta kepada Imam abu Hanifah untuk berdebat dengannnya, Dan mereka pun telah menentukan waktu yang tepat untuk mengadakan perdebatan tersebut.

Ketika waktu yang telah ditentukan tiba,orang-orang atheis itu berkumpul di suatu tempat yang telah dipenuhi oleh orang ramai, Akan tetapi, Imam Abu Hanifah belum juga datang.

Mereka pun terpaksa menunggunya sehingga mereka merasa bosan.Bahkan, Orang-orang atheis itu mulai membanggakan dirinya dan pengingkarannya terhadap Allah Swt, kerana mereka beranggapan bahawa ketidak hadiran Imam Abu Hanifah yang merupakan lawan debat mereka menunjukkan kelemahan pendapatnya.

Ketika rasa bangga mereka hampir mencapai puncaknya dan ketika rasa bosan para hadirin kerana menunggu kedatangan Imam Abu Hanifah hampir mencapai puncaknya juga, tiba-tiba datanglah Imam Abu Hanifah.

Ia terus meminta maaf kepada para hadirin kerana kelewatannya. Ia menjelaskan bahawa ia sebenarnya telah berusaha untuk datang tepat pada waktu yang telah ditentukan.

Ia berkata,"Saya berada diseberang sungai Dajlah.Pada waktu itu, saya tidak menemukan satu kendaraan pun untuk menyeberang sungai tersebut.Maka,saya pun terpaksa menunggu lama.

Akan tetapi , setelah lama menunggu saya belum juga menemukan kendaraan apa pun.

Saya hampir putus asa kerana tidak ada satu kendaraan pun yang datang untuk mengantarkanku ke seberang sungai dan saya telah berniat untuk kembali ke rumah.

Pada waktu itulah tiba-tiba saya melihat dari jauh ada beberapa potong papan dari kayu datang dengan sendirinya.Dan ketika sudah sampai di dekatku, tiba-tiba papan dari kayu itu saling mengikat satu sama lainnya hingga menjadi sebuah perahu yang sangat bagus.

Maka, saya naik ke atas perahu itu sehingga saya pun sampai di seberang sungai dan hadir di hadapan kamu.

Lalu, Orang-orang atheis itu bertanya,"Apakah engkau ingin mengejek kami wahai Abu Hanifah?
Apakah mungkin papan-papan dari kayu itu datang dengan sendirinya lalu membentuk sebuah perahu seperti yang telah engkau katakan?"

Imam Abu Hanifah pun menjawabnya,
"Inilah yang ingin saya perdebatkan dengan kamu.

Jika akal kamu tidak dapat menerima bahawa ada sebuah perahu yang terbentuk dengan sendirinya,maka mengapa kamu mengatakan bahawa alam semesta yang sangat rapi dan menakjubkan ini (termasuk segala macam isinya seperti langit, bumi,manusia dan haiwan) terbentuk dengan sendirinya?

Dan mengapa kamu juga mengatakan bahawa segala peristiwa dan perubahan di alam semesta ini terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan?"
Mendengar penjelasan itu, maka para atheis itu tercengang dan tidak boleh memberikan jawapan.

Mereka benar-benar menghadapi suatu kenyataan yang sangat benar dan kuat.

Akhirnya, mereka pun masuk islam dihadapan Imam Abu Hanifah.

WALLAHUALAM

Ramai orang tanya soalan kenapa perempuan muslim kena bertudung dengan purdah atau Hijab.. Dan ini adalah jawapan yang terbaik untuk memahami kepentingan hijab. Ikuti nasihat Muhammad Ali berikut mengenai tentang kepentingannya...

Kejadian berikut berlaku apabila puteri Muhammad Ali pulang ke rumah dengan berpakaian yang kurang sopan. Berikut adalah cerita yang diberitahu oleh salah seorang anaknya:

Apabila akhirnya kami sampai dirumah ayah dengan di bantu oleh pemandu menghantar saya dan adik bongsu saya Laila. Seperti kebiasaan ayah akan bersembunyi di belakang pintu untuk mengejutkan kami. Kami akan berpelukan dan menukar-nukar ciuman dengan ayah semesranya seakan kami tidak berpeluang lagi.

Ayah memandang kami dengan penuh makna. Kemudian ia menyuruhku duduk di pangkuannya dan berkata sesuatu yang tidak pernah kulupakan. Ayah memandang mata kami dengan penuh pergertian dan berkata:

“Hana, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Dimana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Kamu kena berkerja keras untuk mendapatkanya.”

Ayah merenung tajam ke arah mata kami dengan berkata serius.

“Tubuh kamu adalah suci. Kamu adalah lebih berharga daripada emas mahupun permata oleh itu kamu juga perlu bertudung.”

Petikan dari buku : More Than A hero : Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Bacaan ketika tahiyat awal
Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Tambahan untuk tahiyat akhir
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

UMAT MUHAMMAD DISERU DI TITIAN SIRAT..

Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”

Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada pelepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”

Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”

Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.

Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!” Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!

Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.” Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”

Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.” Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.

Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.

Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”

Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal di dalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

*Dipetik Dari Buku: 1001 Duka Siri 1 "Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati".

WALLAHUALAM

Suatu ketika, pada waktu yang hening di awal pagi waktu subuh, ada seorang lelaki berjubah berjalan kaki dengan postur tubuh yang agak membongkok sedikit ke hadapan (berjubah penuh, yang berpenutup kepala, hingga tidak bisa kenampakan wajah orangnya). Lelaki itu berjalan dengan agak laju menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Kelibat lelaki itu telah dapat dilihat oleh Saidina Ali.

Saidina Ali lalu memanggil dan menegur lelaki itu, dengan harapan agar lelaki itu berhenti lalu perkenalkan dirinya kepada Saidina Ali. Namun lelaki itu langsung tidak menghiraukan panggilan Saidina Ali dan tidak menyahut dan bersuara walau sepatah kata pun pada Saidina Ali. Sikap lelaki itu membuatkan Saidina Ali pergi mengejar lelaki itu untuk mendapatkannya.

Apabila Saidina Ali sudah berada berhampiran di belakang lelaki itu, Saidina Ali cuba untuk memberhentikan langkah lelaki itu dari terus berjalan dengan memegang erat tubuh lelaki itu dari arah belakang. Yang menakjubkan ialah, lelaki itu mampu berjalan seperti sediakala biasanya, malah seolah-olah tidak merasai berat dan tidak rasa terbeban hatta sedikit pun, dari tarikan Saidina Ali yang luar biasa kuat dan gagahnya itu!. Sedangkan pada saat yang sama, Saidina Ali telah dan sedang berusaha dengan sekuat-kuat tenaganya untuk memberhentikan langkah lelaki itu, sampaikan kedua-dua kaki Saidina Ali terpasak dan terbenam ke dalam bumi hingga ke paras lutut, ibarat dah macam tenggala jadinya.

Setelah tiba ke masjid, lelaki itu terus mendirikan solat subuh di samping baginda Nabi SAW. Rasulullah SAW menjadi imam sedang lelaki itu menjadi ma'mum. Tidak lama selepas selesai solat berjemaah, Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah lelaki yang sebentar tadi solat di samping mu, wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab, "itulah dia pakcik kamu dan pakcik aku, Saidina Hamzah." Saidina Ali menjawab, "Saidina Hamzah rupanya.......!!!"

Peristiwa2, kisah2, sirah2 dan riwayat2 berkaitan dengan sejarah hidup Saidina Hamzah serta kejadian2 peristiwa yang menceritakan berkenaan keperkasaan Saidina Hamzah kurang digembar-gemburkan, kerana antara sebab-musababnya yang boleh jadi ialah kerana tidak ramai di kalangan umat Islam yang mengetahui dan berpengetahuan mendalam berkenaan sirah riwayat hidup Saidina Hamzah r.a, meliputi kisah-kisah kepahlawanan dan keperkasaan beliau, samada di waktu beliau sudah memeluk Islam mahupun di zaman yang terlebih awal dahulu sebelum beliau memeluk ajaran Islam, kerana beliau gugur syahid lebih awal, sebagai penghulu para syuhadaa' di medan uhud.

WALLAHUALAM

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham
pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

WALLAHUALAM

Pada hari akhirat Allah memanggil seorang hambanya serta berfirman Allah, ” Hai hamba ku apakah hal perbuatan kamu di dalam dunia selama hidup mu?” Maka sembah lelaki itu, “Ya tuhan ku, aku tinggal di sebuah pulau dengan berbuat ibadat kepada engkau selama lima ratus tahun lamanya. Di pulau itu terdapat sepohon pokok delima yang sentiasa berbuah pada tiap-tiap tahun. Maka aku makan delima itu pada setiap hari sebiji dan tiadalah aku memerlukan yang lain lagi melainkan menyebut-nyebut nama mu dan puasa dan sembahyang sehinggalah mati aku dalam keadaan bersujud kepada mu”.

Firman Allah Taala, ” Benar engkau hai hamba ku, sekarang masuklah kamu ke syurga dengan RAHMAT KU”. Sembah lelaki itu pula, “ Ya tuhan ku tiadalah mahu aku masuk ke syurga dengan rahmat mu, akan tetapi aku masuk ke syurga dengan amalku”. Berfirman pula Allah, “Mari aku hisabkan akan dikau hei hamba ku, siapa yang memberi kuat atas mu mengerjakan ibadat selama lima ratus tahun itu di pulau itu? dan siapa pula memberi kuat ke atas engkau berpuasa, sembahyang?”. Sembah lelaki itu ” Ya tuhan ku engkau jua yang memberi kuat.” Firman Allah lagi, ” Siapa yang menumbuhkan pohon delima yang engkau makan buahnya pada setiap hari? Sembah lelaki itu ” Ya tuhan ku engkau jua.” Firman Allah lagi “Siapakah yang mengeluarkan air tawar daripada pulau yang dikelilingi oleh laut yang masin itu untuk engkau minum dan mandi?” Sembah lelaki itu ” Engkau jua ya tuhan ku.” Firman Allah lagi ” Siapa yang memperkenankan doa kamu apabila kamu meminta kepada ku untuk mati dalam keadaan bersujud kepada ku?” Jawab lelaki itu ” Engkau jua ya tuhan ku”.

Allah Taala menitahkan kepada malaikat membawa segala amalan lelaki itu yang selama lima ratus tahun itu dan diletakkan di atas neraca timbangan. Kemudian Allah mengambil cahaya pengelihatan daripada mata lelaki itu dan diletakkan pada daun neraca yang di sebelah lagi.

Maka didapati timbangan daripada cahaya pengelihatan mata lelaki itu lebih berat dari timbangan amalan lelaki itu. Amal soleh yang dilakukan selama lima ratus tahun oleh lelaki itu masih belum mampu mengatasi kurnia Allah walau pun hanya salah satu dari kurnianya yakni cahaya pengelihatan.

Maka Allah Taala memerintahkan malaikat membawa lelaki itu ke neraka. Di tengah perjalanan ke neraka lelaki yang soleh tersebut bermohon, ” Ya Allah, masukkanlah aku ke syurga mu dengan rahmat mu”. Allah berfirman, ” Hai hamba ku masuklah engkau ke syurga dengan rahmat ku, engkaulah sebaik-baik hamba.” Maka masuk lah lelaki itu ke syurga dengan kerahmatan Allah.

WALLAHUALAM

Ada banyak alasan manusia dalam melihat sudut pernikahan, hakikat yang manakah paling membahagiakan?

Cuba kita lihat dan manakah pilihan kita???

1. Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan akan kerap bertengkar jika layanan di bilik tidur tidak memuaskan.

2. Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika bangkrap.

3. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gemuk.

4. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6. Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7. Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Kota Constantinople (Istanbul sekarang) akan jatuh ke tangan orang Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Ahmad).

Hanya selepas 800 tahun, ia menjadi kenyataan apabila Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan dan membuka kota itu daripada kerajaan Rom.

Pengkaji sejarah mendapati antara faktor terpenting yang membawa kepada kejayaan pembukaan kota itu ialah kebaikan akhlak dan perilaku bukan setakat pemimpin saja, malah rakyat secara keseluruhannya.

Bayangkan dalam puluhan ribu tentera itu, tidak seorang pun yang pernah meninggalkan solat fardu sejak usia baligh, sebahagian saja yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib dan daripada kalangan yang ramai itu, hanya Sultan Muhammad saja yang tidak pernah meninggalkan solat malam sejak baligh.

Fenomena ini seharusnya membuka mata kita bahawa kebaikan itu mesti menjadi syarat utama membebaskan diri manusia daripada kezaliman dan kejahatan yang melingkungi persekitaran hidup manusia kini.

Bagaimana mahu memastikan harta benda sentiasa terjaga jika kejadian pecah rumah dan samun bermaharajalela setiap hari.

Harus bagaimana memastikan anak muda remaja menjaga maruahnya sedang kerosakan nilai budaya masyarakat dipaparkan dalam media cetak dan elektronik sehari-hari?

Persoalan inilah yang harus dicari jawapan supaya manusia tidak hanyut berada dalam lingkungan tidak sihat, berbudaya negatif, berakhlak tidak sopan dan hidup dalam acuan tidak Islam.

Pelaksanaan kepada kebaikan datangnya dari hati dan dorongan dalaman yang kuat. Niat saja tidak cukup, malah mesti digerakkan melalui tindakan. Namun niat itu sendiri sudah mendatangkan pahala kepada pelakunya.

Wallahualam

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah,Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya mati

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.

WALLAHUALAM

Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan yang patut kita ikuti kerana firman Allah di dalam surah al-Qalam ayat 4 yang bermaksud “Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.”

Mungkin kita jarang mendengar bagaimana cara Rsaulullah bergurau dengan para sahabat dan juga isteri baginda. Di sini diturunkan beberapa kisah cara Rasulullah bergurau.

Dalam sebuah riwayat yang lain, seorang lelaki Badwi bernama Zahir sering memberi hadiah kepada Nabi s.a.w. Akhlaknya yang istiqamah dalam memberikan hadiah kepada Rasulullah s.a.w menyebabkan baginda menyayanginya.

Suatu hari ketika Rasulullah memeluk Zahir dari belakang di pasar madinah menyebabkannya terkejut dan terus menjerit:

”Lepaskan saya, lepaskan saya!”

Lalu Rasulullah bergurau dengan para sahabat yang berada dlam pasar Madinah dengan sabdanya yang bermaksud:

“Siapa yang mahu membeli hamba?”

Apabila Zahir menyedari bahawa Rasulullah s.a.w yang memeluknya, dia lantas bertanya:

“Wahai Rasulullah, adakah engkau mahu menjual aku? Aku bukanlah seorang yang kacak juga bukanlah seorang yang kaya”.

Lantas Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya engkau di sisi Allah adalah teramat mahal!!”

Begitulah serba sedikit cara Rasulullah s.a.w dalam bergurau. Jika dilihat gurauan baginda sentiasa berpaksikan kebenaran kerna sesungguhnya baginda selalu mengatakan yang benar sepanjang hayat baginda.