December 2012

Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, beliau adalah Luqman bin Baa'ura'. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Nabi Daud AS dan menuntut ilmu darinya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala berkulit hitam yang kemudian di beri kurnia kemerdekaan dan pengetahuan. 

Mari kita sama-sama mendengar kisah ketaatannya yang jitu terhadap Allah SWT... 

Diriwayatkan dari Sai'id bin Amir berkata." Telah bercerita kepada kami, Abu Ja'far : "Luqman Al-Habasy adalah seorang hamba milik seorang lelaki. Suatu ketika, dia dibawa ke pasar untuk di jual. Luqman bertanya kepada seorang lelaki yang berhasrat untuk membelinya: "Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?" "Kamu akan ku suruh melakukan itu dan ini," jawab calon pembeli. "Aku mohon kepadamu agar membatalkan niatmu untuk membeliku!" pinta Luqman. Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya. "Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?" kata Luqman. "Kamu akan ku beri tugas sebagai penjaga rumahku," jawab lelaki calon pembelinya. "Jika demikian, aku mahu kamu beli!" kata Luqman. 

Lelaki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke rumahnya. Majikan Luqman pada saat itu juga mempunyai tiga orang anak wanita yang menjadi pelacur di desa itu. 

Pada suatu ketika, majikannya pergi ke kebun. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman : "Aku telah menyiapkan makanan di dalam kamarnya, sepeninggalanku kuncilah pintu dan kamu harus menjaga pintu ini. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!" Sejenak kemudian ketiga puteri majikannya datang dan berkata kepada Luqman, "Bukalah pintu ini!" Kerana telah menerima pesan dari majikan, maka Luqman pun menolak untuk membukanya dan akhirnya ketiga gadis itu marah dan memukulnya. 

Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu . Apabila si majikan pulang, ia tetap merahsiakan perlaku ketiga puteri majikan terhadapnya. Dalam kesempatan berikutnya, si majikan kembali ke kebunnya. Sebagaimana dia telah berpesan kepada Luqman, dan selagi itulah Luqman menjaga amanah yang telah diberikan oleh majikannya. Dan sebagaimana peristiwa semalam, Luqman dicederakan oleh tiga orang puteri majikannya kerana beliau enggan membuka pintu sepertimana yang diarahkan oleh wanita-wanita tersebut. 

Melihat keteguhan hati Luqman, puteri sulung majikannya kemudian berasa simpati terhadap Luqman dan berkata: "Mengapa hamba Habsyi ini lebih mengutamakan ketaatan kepada Allah SWT berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat!" Dan puteri sulung majikan Luqman itupun bertaubat kepada Allah SWT.

Si bongsu berkata, "Mengapa hamba Habsyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah SWT berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat" Demikianlah si bongsu akhirnya mengikut jejak kakak sulungnya dengan bertaubat kepada-Nya. 

Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat , puteri kedua majikan Luqman berkata "Mengapa dua orang saudaraku dan hamba Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah SWT berbandingku? Demi Allah, aku akan bertaubat juga!" Akhirnya dia pun bertaubat. 

Setelah ketiga puterinya yang bekerja sebagai wanita pelacur itu bertaubat, maka teman sekerjanya di desa berkata, "Mengapa budak Habsyi dan ketiga gadis si fulan itu lebih mengutamakan taat kepada Allah SWT berbanding kami?" Hal tersebut mendorong mereka untuk bertaubat sebagaimana rakannya sehingga jadilah mereka sebagai ahli ibadat di desa itu." 

Demikianlah bahawa usaha dakwah bukan hanya melalui ucapan lisan tetapi juga melalui tindakan, atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman Al-Hakim dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga fitrah seorang manusia untuk selalu beribadat kepada Tuhan menjadi kenyataan tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu dengan baik… 

Sumber: Mereka Yang Kembali. Ibnu Qudamah Al-Maqdisy terjemahan Abu Ahmad Najeh dan M Luqman Hakiem, Risalah Gusti, ed 1, Surabaya, 1417 H. Hal 120-122. (dengan beberapa perubahan)

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.
Jika sembahyangmu 10 minit, cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.
Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu tidak bersyukur padanya... ... 
kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah, kereta dan sebagainya... ... .
tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... .. 

kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman - teman mu, 
menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, 
dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redho dengan apa yang ada di sisi kamu itu. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu , 
menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mahu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu. 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. 
Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan? 

Kamu sembahyang lima waktu tetapi... . 
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuatamal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah. 

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud: 
" Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar". 

Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima? Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang? 

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud: 
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang". 

Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya. 

Sampai-sampaikan sahabatku disini walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazzakumullahu khairanjaza’

Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibril as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, 

Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari sholatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.“ 

Kemudian Jibril as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?“ 

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…

“ Kemudian Jibril as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?

“ Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .

” MasyaAllah….kerana solat dua rakaat, imbalannya cukup besar..adakah kita mahu melepaskan peluang itu?Begitu kasih dan besar rahmat Allah pada hamba-hambaNya..beruntung bagi mereka yang menyucikan diri dan rugilah bagi mereka yg mengotorinya….Sayangnya Allah pada kita umat Nabi Muhammad…Nabi Akhir Zaman….Nabi kesayangan kita….. 

wallahualam…