March 2012

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s.w.t., sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

BERBUAT baik kepada ibu bapa tidak berakhir selepas kematian mereka, tetapi hendaklah diteruskan selepas kematian mereka.

Di antara amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak ialah:

- Menyembahyangkan jenazahnya.
Jika anak lelaki, maka lebih utama dia mengimamkan solat jenazah ke atas kedua ibu bapanya serta membaca doa bagi mereka.

- Sentiasa memohon keampunan dosa kedua ibu bapa.
- Menunaikan janji.
Anak digalak menunaikan janji yang belum sempat ditunaikan oleh ibu bapa sebelum kematiannya. Janji ini termasuk sedekah jariah, wakaf dan derma.

- Berbuat baik kepada sahabat baik ibu bapa seperti meneruskan hubungan silaturahim dengan sahabat baik mereka.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Sesungguhnya termasuk perbuatan yang paling baik ialah meneruskan silaturahim dengan sahabat baik bapanya sesudah bapanya meninggal. (Hadis riwayat Muslim).

- Membantu keluarga yang dulunya dibantu oleh ibu bapanya.
Abu Daud meriwayatkan satu hadis, bermaksud: Sudah datang seorang bertanya kepada Rasulullah, adakah sesuatu kebaikan yang masih dia dapat dilakukan kepada ibu bapanya, selepas mereka meninggal dunia. Rasulullah menjawab: Ada, iaitu mendirikan solat jenazah bagi keduanya, berdoa meminta ampun bagi kedua-duanya, melaksanakan apa yang menjadi janji keduanya, memuliakan orang yang menjadi sahabat kedua-duanya dan memberi pertolongan kepada keluarga yang bergantung kepada kedua-duanya. (Hadis riwayat Abu Daud).

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh 2 malaikat. Malaikat yg di sebelah kanan lebih berkuasa dari yg di sebelah kiri.

Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yg di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yg harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.

Malaikat di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yg harus aku catitkan?" Jawab malaikat di kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yg lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yg lalai dan leka dengan keseronokan serta kemewahan dunia.

WALLAHUALAM

FALLEN ANGEL BERTANYA:
Apa pendapat Ustaz tentang Surah Al Kahfi Ayat 98 di bawah?
“Zulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya (dinding) hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar".

Memang dinding itu sudah pecah (zaman Rasulullah dah sebesar ibu jari) tapi apakah yang dimaksudkan dengan ayat 98 di atas? Kerana ada yang mengambil ayat di atas secara literal, dan ada yang mengambilnya secara metafora. Kalau kita mengambilnya secara literal, maka ayat di atas mengatakan bahawa dinding itu akan hancur luluh 'apabila datang janji Tuhanku'. Apakah pula maksud 'apabila datang janji Tuhanku'? Apakah maksudnya apabila hampirnya Kiamat?

Dalam Surah Al-Anbiya ayat 96-97:
"Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir.”
“(Mereka berkata): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim."

Mungkinkah dinding itu sudah pecah tetapi belum cukup untuk membolehkan Yakjuj & Makjuj keluar beramai2? Sehingga memerlukan Allah menghancurluluhkan tembok itu dengan kekuasaanNYA? Bagaimana pula dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan kaum itu telah pun muncul semula & mereka berada di kalangan kita? Sedangkan mengikut hadis, Yakjuj & Makjuj hanya akan keluar selepas matinya Dajjal di tangan Nabi Isa?

Minta pencerahan Ustaz. Semoga diskusi ini memberi manfaat kpd semua.

PENJELASAN:
Perkara ini melibatkan TAFSIR, maka saya/kita kena sangat berhati-hati. Tentang “APABILA TELAH SAMPAI JANJI TUHANKU” itu, saya tidak ada pengetahuan tentangnya. Dari sudut pandangan peribadi, janji yang dimaksudkan ialah janji Tuhan bahawa tembok itu akan musnah suatu hari nanti.

Satu lagi, JANJI YANG BENAR itu memang sangat sesuai dipadankan dengan Hari Kiamat yakni hari kehancuran. Pada hari itu, semua isi bumi musnah termasuklah tembok Yakjuj Makjuj. Cuba kita padankan JANJI YANG BENAR dengan hari kiamat/kehancuran:

“Maka apabila sudah datang HARI KIAMAT/ KEHANCURAN, Dia akan menjadikannya (dinding) hancur luluh; dan HARI KIAMAT/KEHANCURAN adalah benar.”

HANCUR tahap LULUH tentu saja sesuai jika disebabkan oleh hari kiamat/ kehancuran. Ini untuk menunjukkan, betapa kukuh pun binaaan Zulqarnain itu, tidak ada suatu apa pun yang selamat jika kiamat berlaku.
Wallahualam.

Yakjuj Makjuj keturunan Yafits. Yafits ialah anak Nabi Nuh. Pada zaman Zulqarnain, mereka berada di utara dari pergunungan Caucasus. Mereka jenis yang suka buat kerosakan. Penduduk di selatan pergunungan ini minta Zulqarnain tutup satu-satunya laluan ke selatan. Maka Yakjuj Makjuj kekal berada di utara pergunungan ini, di sekitar utara Laut Hitam.

Oleh kerana gagal ke selatan, mereka menyebar ke utara Eropah, Rusia dan utara China (Monggolia, Manchuria, Korea). Ketika itu secara umumnya Yakjuj dan Makjuj terpisah. Namun tembok-tembok penghalang terus saja dibina generasi demi generasi. Dari pinggir Laut Hitam, terus menganjur ke laut China. Tembok Besar China ialah salah satu dinding penghalang Yakjuj Makjuj, tetapi ia hanyalah sambungan, bukan yang asal yang diasaskan oleh Zulqarnain.

Pada zaman Nabi Muhammad, jaringan tembok ini mulai pecah. Lama-kelamaan bangsa-bangsa ganas dari utara dunia ini berjaya meloloskan diri dan membuat kekacauan di selatan. Yakjuj menyerbu dengan gagah sebagai bangsa Khazar yang berjaya menewaskan tentera khalifah. Makjuj pula turun sebagai Monggol lalu membina empayar besar hingga ke Eropah selain meruntuhkan kekhalifahan Baghdad. Yakju turun lagi sebagai tentera Salib dari utara Eropah. Dan kemudiannya turun lagi sebagai Rusia dan fahaman komunisnya. Makjuj pula turun sebagai Jepun (yang sebahagian besar tenteranya asal Manchuria). Dari semasa ke semasa mereka berjaya membuat kekacauan dan kerosakan di dunia ini.

Namun ketika itu mereka menyerbu sebagai Yakjuj DAN Makjuj, iaitu terpisah.

Selepas umat Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa mengalahkan Zionis di Israel, atas nama Hak Asasi Manusia, PBB dan lain-lain, satu tentera bersekutu akan dibina oleh PBB. Tentera bersekutu ini ialah gabungan Amerika, Eropah, China, Rusia dan lain-lain termasuklah beberapa negara Islam sendiri. Mereka inilah Yakjuj Makjuj. Ketika itulah mereka bergerak sebagai satu kesatuan antara Yakjuj dan Makjuj. Sebelum itu mereka turun secara berasingan (iaitu Barat dan Timur). Kini anak cucu mereka turun sebagai satu kesatuan iaitu YAKJUJ DAN MAKJUJ.

Tentera Mahdi dan Nabi Isa tidak akan mampu menghadapi tentera bersekutu ini. Tetapi tentera bersekutu ini akan dimusnahkan oleh tentera Allah berupa haiwan-haiwan kecil. Wallahulam.

Begitulah pandangan saya.

Kesimpulannya, Yakjuj sudah keluar, Makjuj pun sudah keluar. Cuma mereka belum keluar sebagai Yakjuj DAN Makjuj. Yakjuj DAN Makjuj ini akan keluar selepas tentera Mahdi dan Nabi Isa mengalahkan Israel.

Ayat kedua yang tuan petik itu juga menggunakan kalimah FUTIHAT yang bermaksud DIBUKA/ TERBUKA. Ia belum hancur luluh. Hancur luluh tembok itu ialah ketika kiamat.

DIBUKA itu pula asalnya ialah DIBUKA YAKJUJ MAKJUJ, perkataan TEMBOK hanya tafsiran ulama. Boleh jadi ada maksud lain tentang “HINGGA APABILA DIBUKAKAN YAKJUJ MAKJUJ”.

Untuk suami.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkawinan
menyingkap tabir rahasia

Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah

Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan
menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh... amin...

Untuk isteri.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkawinan
membuka tabir rahasia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya saat
suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar obatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkawinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah... amin...

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka... ... ...

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu... ... ... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana
kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris
hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka
siksanya didahulukan didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. katanya Rasulullah ada bersabda menceritakan ucapan roh apabila seseorang itu meninggal dunia ia memanggil dengan suara yang segala sesuatu mendengarnya kecuali jin dan manusia:-

KETIKA MAYAT DIMANDIKAN
Wahai orang yang memendikan, ku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaian ku dengan perlahan perlahan . kerana dimasa ini aku beristirahat dari seretan malaikat maut.

Wahai orang yang memandikan ruh Allah janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas atau pun dingin.Kerana tubuhku terbakar dari lepasnya ruh.

Demi Allah wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat kerana tubuhku luka luka dengan keluarnya ruh.

KETIKA MAYAT DIKAFANKAN.
Wahai orang yang mengkafaniku janganlah engkau mengikat kuat kuat kepalaku sehingga aku tidak dapat melihat muka ku, anak anak ku dan saudara mara ku. Kerana inilah kali terakhir aku dapat melihat mereka , aku tidak akan melihat mereka sampai hari kiamat.

KETIKA MAYAT DILETAKKAN DI DALAM KERANDA
Demi Allah wahai jemaahku jangan kalian mempercepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak anakku dan para sahabatku. Sesungguhnya aku pada hari ini akan memisahkan mereka sampai hari kiamat.

KETIKA MAYAT DIKELUARKAN DARI RUMAH
Demi Allah wahai jamaahku aku tinggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya dan anak anakku menjadi yatim, maka janganlah jua kalian menyakitinya. Sesungguhnya aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali kepada mereka selama lamanya.

KETIKA MAYAT DIUSUNG DAN MELANGKAH TIGA KALI LANGKAHAN
Wahai para kekasihku, wahai saudara saudaraku wahai anak anak ku janganlah kalian diperdaya dunia sebagaimana ia memperdaya akan aku. Jangan kalian memperbuat mainan di masa ini sebagaimana ia mempermainkan aku. Hendaklah kalian mengambil ikhtibar daripada ku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk ahli wasiatku. Namun tiada sedikitpun mereka akan menaggung segala kesalahanku.

KETIKA MAYAT DISEMBAHYANGKAN
Demi Allah wahai saudaraku sesungguhnya aku lebih mengetahui bahwasanya mayat itu lupa di dalam hidupnya Akan tetapi kalian jangan melupakan aku dalam kecepatan ini sebelum kalian menanam aku. Wahai saudara saudaraku sesungguhnya keadaan ku lebih mengetahui bahawa mayat lebih dingin dari pada air yang dingin dalam hati yang hidup, tapi kalian jangan pulang dengan kecepatan ini.

KETIKA MAYAT DIISI KE DALAM KUBUR
Demi Allah wahai warisku bukan aku mengumpul harta yang banyak dari dunia cuma aku tinggalkan untuk kalian ? Maka hendaklah kalian menginggati ku dengan memperbanyakkan melakukan kebaikan. Aku mengajar kalian akan Al Quraan dan adap kesopanan maka jangan melupakan aku dari doa kalian.

1) Pemerintah yang adil.
Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.
Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.

2) Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya.
Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.

3) Orang yang hatinya selalu terikat pada masjid
Masjid adalah rumah Allah Subhanahu wa ta’alaa. Naungan Ilahi akan selalu ada di akhirat nanti bagi orang yang senantiasa rindu untuk beribadah di masjid dan merasa betah berada di dalamnya. Setiap waktu, ia selalu menunggu-nunggu tiba saatnya untuk datang ke masjid untuk sholat wajib maupun sunnah, sholat berjamaah, mengaji, mendengarkan ceramah, dan sebagainya.

4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

5) Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’
Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.

6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi
sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.
Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.


WALLAHUALAM

Siksaan ketika hidup di dunia

1.Allah mengurangan keberkatan umurnya.
2.Rezekinya disempitkan oleh Allah
3.Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
4.Hilang cahaya soleh dari wajahnya
5.Amal kebajikan yang dilakukannya lansung tidak diberi pahala
6.Siksaan Ketika Sakratul Maut
7.Ia akan menghadapi Sakratul Maut dalam keadaan hina
8.Matinya dalam menderita kelaparan
9.Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.
10.Siksaan Ketika dalam Kubur
11.Allah akan menyempitan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
12.kuburnya akan digelapkan
13.Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Siksaan Ketika berada di Akhirat

1.Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang mahsyar oleh Malaikat
2.Allah tidak akan memandangya dengan pandangan belas kasihan.
3.Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

Nisbah dosa meninggalkan sembahyang

Subuh : akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka ( bersamaan 60,000 tahun dunia )

Zuhur : Dosanya seperti membunuh 100 jiwa orang Islam.

Asar : Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib : Dosanya seperti dia berzina dengan ibu ( bagi lelaki ) atau ayahnya ( bagi perempuan )

Isyak : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah dan digesa agar ia mencari bumi yang lain.

WALLAHUALAM

Para ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan hukum sebenar bagi teknik rebonding ini sama ada untuk meluruskan rambut atau mengkerintingkannya. Ini kerana tidak terdapat dalil yang khusus melarang atau mengharuskan perkara ini secara jelas. Dalil-dalil yang digunakan oleh kedua-dua pihak lebih bersifat umum sahaja. Disebabkan itulah berlaku perselisihan di kalangan ulama kepada dua pandangan iaitu mengharamkan dan mengharuskan.

Namun secara peribadinya saya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa harus pada sesetengah keadaan bagi seseorang perempuan itu membuat teknik rebonding di atas sebab-sebab tertentu. Lebih-lebih lagi jika isteri membuat teknik ini semata-mata untuk memperagakan di hadapan suaminya sahaja. Begitulah kesimpulan daripada pandangan Imam Nawawi di dalam kitabnya Raudah al-Tolibin dan pendapat Imam Ramli di dalam kitabnya Nihayah al-Mujtahid.

Selain itu, perkara yang perlu diteliti juga berkaitan dengan teknik rebonding ini ialah:

1. Apakah niat dan tujuan rebonding?
2. Bahan apakah yang digunakan untuk rebonding?
3. Siapakah yang melakukan rebonding?
4. Untuk siapakah rebonding itu diperagakan?
5. Apakah kesan rebonding?

Sekadar peringatan: Syukurilah nikmat Allah SWT yang sedia ada. Allah Taala tidak akan menzalimi hambaNya.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." (Riwayat Abu Daud)

Suatu ketika Rasulullah S.A.W dlm perjalanan utk menunaikan solat lalu baginda S.A.W ternampak satu kumpulan org yang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah S.A.W bersabda " Sekranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadan yg saya lihat ini"

"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur menyeru " Aku ialah kubur kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan ulat2 ".

Apabila seorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur, maka kubur akan berkata " Kedatangan kamu dialu2kan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Drpada kalangan manusia yangberjalan di atas muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku "

Slepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian daripada syurga secara berterusan.

Apabila org yg berdosa dimasukkan, kubur itu akan berkata " Tiada kata-kata aluan utk kedatanganmu. Sangat jelek kdtganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di muka bumi ini engkaulah yg paling aku benci. Hari ini kau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku "

Selepas itu kubur akan menghimpit sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atasbumi, maka sehelai rumput puntidak akan tertinggal. Ular itu akan terus mematuk org tersebut sehingga kiamat. Selepas itu Rasulullah S.A.W bersabda " Kubur merupakan satu kebun daripada kebun2 syurga ataupun satu lembah daripada lembah-lembah neraka (Misykat) "

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut?walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak?lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut?

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. ?Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada?

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ?dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. ? biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah?

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya… (al-Baqarah: 272)

Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson atau nama Islamnya, Abdulaziz.

Abdulaziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi. Dia ke Arab Saudi kerana mendapat kontrak dengan Bulan Sabit Merah Arab saudi untuk melatih mahasiswa tentang kecemasan di udara.

“Saya pada mulanya datang ke Arab Saudi untuk tujuan transaksi komersial. Saya begitu senang membuat kesepakatan terbaik dalam hidup saya dengan Allah SWT dengan masuk Islam,” kata Abdulaziz

Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.

Alhamdulillah….