July 2012

Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa.
Antara adab-adab itu ialah:

a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w.
Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca:
Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah)
– Hadis riwayat Abu Dawud, no: 2010.

Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata:
“Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-
Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.
(Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)”
– Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743.

Di samping doa-doa di atas,
kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab
(makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa.
Sabda Rasulullah s.a.w :

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”
– Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.

b. Menyegerakan Berbuka Puasa.
Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa.
Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib.
Utamakan berbuka dari sibuk berzikir,
membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa
menyegerakan berbuka puasa.”
– Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman:

“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan
berbuka puasa.”
– Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.

c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.
Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan.
Ia lembut dan manis.
Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak
terjual di pasaran.
Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w.

Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab.
Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.”
– Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.

d. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.
Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat
Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air.
Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah
makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan.
Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solatMaghrib.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam
Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaantenang.”
– Hadis riwayat al-Bukhari, no: 674.

Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka surat 208:
“Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan
yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

e. Berbuka Puasa Secara Sederhana.
Firman Allah S.W.T:

“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indahsetiap kali kamu ingin ke
tempat ibadat (mengerjakan solat)
dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau.
Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”
– Surah al-A’raaf : 31

Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk
kita melepas geram
kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman.
Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim
yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi s.a.w:

“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.
Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya).
Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan,
satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
– Hadis riwayat al-Tirmizi no: 2302.

f. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.
Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa
untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin,
anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah.

Firman Allah S.W.T:

“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin,
anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati):
Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan
kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.”
– Surah al-Insaan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar.
Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan,
semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya.

Sabda baginda s.a.w:

“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa,
pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa,
iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.”
– Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.

WALLAHUALAM

Malam pertama …
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan ?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahad ?

Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur ?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu ?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan ?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara? Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?

Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. ”Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan?

Pastinya tidak bukan?

Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur! Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut.

Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: “Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta’ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

(Dipetik dari buku Dr Aidh Abdullah Al- Qarni)

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”

8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.

9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”

Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”

Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

WALLAHUALAM

Rasullulah SAW amat ,menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk . Amalan ini bertujuan untuk kesihatan. Rasullulah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara Khasiat Amalan-Amalan Ini :

1- Menghilangkan Balqham ( kahak dan lendir )
2- Mencuci Perut .
3- Membuang Sisa-Sisa Makanan Yang Tertinggal Didalam Perut yang Tidak Dicernakan Dengan
Sempurna dan Menolaknya Ke Usus Besar .
4- Menghapuskan Sukatan Dalam usus , Menghilangkan Senak Perut dan Sedu.
5- Memperbaiki Fungsi Buah Pinggang, Limpa dan Hati.

Rasullulah SAW suka minum air yang telah disimpan di dalam suatu bekas.

Minuman manis dan sejuk .

Aisyah ra meriwayatkan bahawa :" Diantara banyak-banyak jenis minuman Rasullulah SAW suka minuman manis dan sejuk ".

Hadis bermaksud :" baginda mengemari minuman manis dan sejuk campuran madu atau nabiz ( rendaman buah tamar )

Didalam suatu doa Rasullulah ada menyebut :" Ya Allah kurniakan aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak, dan cintaku kepada air sejuk ."

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman itu terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan yang menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan . Ini sekaligus berperanan sebagai bahan yang mencernkan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh tubuh badan.

Ringkasan Adab Minum Rasullulah SAW :

1- Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan .
2- Bacalah "Bismillah" .
3- Minum dengan 3 nafas .
4- Minum dengan keadaan duduk .
5- Jangan bernafas di dalam air minuman. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat
lain.
6- Setiap kali berhenti minum ( pada setiap pernafasan ) bacalah "Alhamdulilah" .
7- Jika tiada tempat duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri .
8- Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat .

WALLAHUALAM

RASULULLAH SAW menyoal si Iblis mengenai puasa bulan Ramadhan..

Jawab iblis..

Ya Rasulullah! Inilah satu bencana amat besar bagiku. Bila tibanya bulan ini, bersinarlah cahaya di Arasy serta Kursi, dan semua malaikat bersukaria. Bagi mereka yang berpuasa akan mendapat kurnia besar dari Allah. Dosa mereka di ampuni, digantikan dengan pahala kebajikan dan tidak ditulis kesalahan mereka selama berpuasa.

"Yang lebih nenyakitkan hatiku lagi, ialah semua isi langit, bumi serta semua makhluk bernyawa sentiasa mendoakan mereka, siang malam memohon keampunan. Bagi mereka yang berpuasa, akan dimerdekakan Allah setiap hari Ramadan dengan 1,000 merdeka dari azab neraka.. semua pintu neraka akan di tutup dan di bukakan semua pintu syurga. Pada hari bermulanya umatmu berpuasa, datanglah malaikat kepadaku dengan garangnya, lalu menangkap aku bersama angkatan tentera aku, terdiri dari jin, syaitan dan ifrit

"Dipasangkan pada kaki dan tangan kami dengan rantai besi panas, lalu di masukkan kami ke dalam perut bumi yang paling bawah sekali. Di sini kami mendapat berbagai azab siksaan dan terpaksa menunggu sehingga umatmu selesai mengerjakan puasa. Selepas itu barulah kami di bebaskan, ini supaya umatmu merasa kesenangan dalam mengerjakan ibadat puasa"

Begitulah cerita Iblis kepada Rasulullah.

(Diangkat dari Blog Masjid As-salam, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor).

Maka dengan itu, dengan kehadiran ramadhan tahun ini, moga bertambahlah sinar kebahagiaan dunia dan akhirat buat kita semua. Amin ya rabbal alamin.

WALLAHUALAM

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...

Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...

WALLAHUALAM
BANYAK ORANG MENANYAKAN:

BAGAIMANA HUKUMNYA BELAJAR AGAMA TANPA MURSYID / BERGURU (Dengan hanya Melalui Benda-benda Mati: Buku-buku, Artikel, Blog, dsb)…????
SEDANGKAN:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya…. (AL ISRAA’ 17 : 36)..
“Barang siapa tiada bermursyid (guru pembimbing) maka mursyidnya adalah setan.” (Ihya Ulumuddin)
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
JAWAB:
Boleh Belajar dari Buku, tapi hanya sebagai referensi / sepintas membaca saja tanpa di amal kan terlebih dahulu. Final nya nanti apabila sudah kita hadap kan dengan Ulama yg Haq Ilmu (yg SANAD & NASAB ilmu nya sampai kpd Rasulullah). Beliau lah (si Ulama tsb) nanti nya yang melurus kan manakala ada terdapat kekeliruan.
MANFAAT BERGURU adalah agar terhindar dari perkara-perkara yang SESAT & untuk mnghindari FITNAH.
Adapun fungsi…..
SANAD, yaitu mencegah manusia untuk berbicara semau nya / seenak Gue, atau bicara hanya berdasar kan dari kerangka otak nya doang.
DENGAN SANAD, maka Hal-hal yang d ajar kn Rasulullah, terjaga keaslian isi ilmu y, tanpa ada d kurangi atau di tambah-tambah (DI MODIFIKASI MANUSIA).
( “laula isnada ma qola sa’a ma sa’a” = jika tanpa isnad memang orang bisa berkata apa saja yg dikehendakinya. )
Belum ada dalam sejarah seorang ulama besar lahir dari belajar kepada buku saja. Ilmu adalah keahlian dan setiap keahlian membutuhkan ahlinya, maka untuk mempelajarinya membutuhkan muallimnya yang ahli.
Syaikh Bakr Abdullah Abu Zaid berkata, “Ini hampir menjadi titik kesepakatan di antara para ulama kecuali yang menyimpang.”
Ada ungkapan, “Barangsiapa masuk ke dalam ilmu sendirian maka dia keluar sendirian.” Syaikh Bakr berkata, “Maksudnya barangsiapa masuk ke dalam ilmu tanpa syaikh maka dia keluar darinya tanpa ilmu.”
Syaikh Bakr menukil ucapan ash-Shafadi, “Jangan mengambil ilmu dari shahafi dan jangan pula dari mushafi, lalu Syaikh Bakr berkata, “Yakni jangan membaca al-Qur`an kepada orang yang membaca dari mushaf dan jangan membaca hadits dan lainnya dari orang yang mengambilnya dari buku.”
Sebagian ulama berkata,
مَنْ لَمْ يُشَافِهْ عَالِمًا بِأُصُوْلِهِ
فَيَقِيْنُهُ فِي المُشْكِلاَتِ ظُنُوْنُ
Barangsiapa tidak mengambil dasar ilmu dari ulama
Maka keyakinannya dalam perkara sulit adalah dugaan
Abu Hayyan berkata,
يَظُنَّ الغَمْرُ أَنَّ الكُتُبَ تَهْدِي
أَخَا فَهْمٍ لإِدْرَاكِ العُلُوْمِ
Anak muda mengira bahwa buku membimbing
Orang yang memahami untuk mendapatkan ilmu
وَمَا يَدْرِي الجَهُوْلُ بِأَنَّ فِيْهَا
غَوَامِضَ حَيَّرَتْ عَقْلَ الفَهِيْمِ
Orang bodoh tidak mengetahui bahwa di dalamnya
Terdapat kesulitan yang membingungkan akal orang
إِذَا رُمْتَ العُلُوْمَ بِغَيْرِ شَيْخٍ
ضَلَلْتَ عَنِ الصِّرَاطِ المُسْتَقِيمْ
Jika kamu menginginkan ilmu tanpa syaikh
Niscaya kamu tersesat dari jalan yang lurus
وَتَلْتَبِسُ الأُمُوْرُ عَلَيْكَ حَتَّى
تَصِيْرَ أَضَلَّ مِنْ تُوْمَا الحَكِيْمِ
Perkara-perkara menjadi rancu atasmu sehingga
Kamu kebih tersesat daripada Tuma al-Hakim
Moga Bermanfaat…..

Sejarah Islam mencatat bahawa terdapat sepuluh orang sahabat Nabi s.a.w dijamin masuk syurga. Mereka terdiri daripada empat khalifah al-Rasyidin, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan diikuti Talhah bin Ubaidillah, Al-Zubair bin Al-Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid, Abu Ubaidiah al-Jarrah, Abdul Rahman bin Auf.

Demikian juga para sahabat yang terlibat dalam Perang Badar, juga Fatimah Az-Zahra, Hassan bin Ali, Hussin bin Ali, Tsabit bin Qais, Bilal bin Rabah dan kemudian disusul pula para sahabat yang menghadiri Bait Ar-Ridhwan yang berjumlah seribu empat ratus sahabat r.a.

Dalam perjuangan mempertahankan agama Islam, keutamaan mereka adalah berbeza dengan kaum Muslim yang lain dan ketinggian darjat mereka ditentukan oleh siapa di antara mereka yang paling dahulu memeluk Islam.

Pengetahuan Nabi s.a.w ke atas keistimewaan sahabat-sahabat yang dijamin syurga ini berasaskan kepada wahyu Ilahi bukan sekadar meneka-neka atau tafsiran nafsu semata-mata. Apatah lagi kita manusia biasa atau yang memperoleh ilmu laduni sekalipun tidak mampu untuk menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka kerana hak ini dalam pengetahuan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat walaupun sudah dijamin syurga, namun hakikatnya mereka sentiasa menangis siang malam memikirkan persoalan umat. Malah dari segi ibadat ritual, mereka cukup hebat jika hendak dibandingkan dengan kita amat jauh sekali. Malam mereka beribadah, siang mereka berjuang di medan perang.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Nasa’i, Anas bin Malik menceritakan satu kejadian yang dialami dalam satu majlis bersama Nabi s.a.w.

Suatu ketika Nabi s.a.w bersabda ketika duduk di masjid dan berbincang-bincang dengan sahabatnya, iaitu yang bermaksud:

“Sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk ke mari.”

Beberapa saat kemudian masuklah seorang lelaki dengan air wuduk yang masih membasahi wajahnya. Apakah gerangan keistimewaan lelaki ini sehingga mendapat jaminan syurga. Dipendekkan cerita, Abdullah ibn Amr yang ingin mengetahui dan mencungkil rahsia keistimewaan lelaki ini kemudian menemuinya dan menceritakan masalahnya dan memohon untuk menumpang tidur di rumah lelaki tersebut.

Namun apa yang dilihat oleh Abdullah sepanjang tinggal bersama lelaki tersebut ialah sama seperti orang lain yang menjalani rutin kehidupan. Akhirnya, ‘Abdullah terpaksa berterus-terang dan lalu bertanya kepada lelaki tersebut, apakah yang dibuat sehingga ia mendapat jaminan syurga. Katanya, tidak lain ialah, saya tidak pernah menyimpan niat buruk terhadap sesama Muslim dan berasa iri hati terhadap seseorang yang dianugerah nikmat oleh Allah. Tidak pernah pula saya melakukan penipuan dalam setiap aktiviti saya. Itu saja kelebihannya dan lain-lain samalah seperti orang lain’.

Membersihkan hati dan tidak menyimpan prasangka buruk terhadap sesama Muslim kelihatan mudah tetapi hakikatnya amalan itulah yang amat susah untuk dilakukan.Betapa sulit kita hendak menghilangkan kedengkian kepada orang yang tidak sehaluan dengan kita. Atau hanya kerana dia memperoleh kelebihan yang diberikan Allah dan kelebihan itu tidak kita miliki. Di hari kiamat kelak tidak ada orang yang selamat dengan harta dan kekayaan kecuali yang membawa hati yang bersih. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Pada hari itu tidak ada manfaatnya di hadapan Allah s.w.t harta dan anak-anak kecuali orang yang datang dengan hati yang bersih.” (al-Syura: 89)

Banyak jalan untuk ke syurga, demikian juga jalan ke neraka. Perbuatan menyebarkan berita palsu, memutuskan silaturahim, mengumpat, mengadu domba, menyakiti orang lain, membongkar aib orang yang beriman, semuanya ini jika dilakukan walaupun kita solat, kita tetap akan dimasukkan ke neraka Saqar.

Seperti digambarkan dalam al-Quran, orang yang sombong (QS 16: 22), Orang yang membanggakan diri (QS 28: 76), Orang yang berlebih-Iebihan (QS 6: 41), Orang yang bersifat dusta (QS 9: 75), Orang yang membuat kerosakan (QS 5: 64), Orang yang melampaui batas (QS 2: 140), semuanya harus dijauhi baik dalam hubungan duniawi apa lagi dalam persoalan akhirat kerana mereka bagaikan seekor lintah penghisap darah, apabila menempel pada kulit kehidupan umat Islam, maka darah keimanan seseorang itu akan dihisapnya habis-habisan.

Mereka yang dipandu oleh nafsu amarah dan lawammah yang menjadikan mereka sebagai lalai dan sesat.

“Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?” (al-Furqan: 43)

Mereka yang bertuhankan hawa nafsunya, akan melakukan apa sahaja yang dikehendakinya tanpa tersekat-sekat dan tidak pula mahu mendengar nasihat pengajaran.Sungguh jelas sekarang bahawa nafsu “nafs” manusia merupakan persoalan syurga dan neraka. Kedua-dua bahagian nafsu tersebut jahat dan baik) masing-masing boleh membawa manusia ke tempat asalnya yang dijanjikan the promising land atau syurga dan ke tempat hukuman neraka, kedua-duanya adalah kerajaan Allah s.w.t yang berada di dalam dirinya.

Apabila manusia tidak berusaha untuk mengenal diri dan jiwanya, maka bencana dan kebinasaan akan datang kepadanya.

WALLAHUALAM

SOALAN:

Apakah hukum mendedahkan aurat diri kepada orang lelaki, contohnya semasa ibu yang ingin melahirkan anak sudah tentunya akan mendedahkan aurat. Malah ada doktor lelaki yang menyambut bayi tersebut. Apa pandangan Islam dalam hal tersebut?


Jawapan oleh Ustazah Sakinah :

Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’. Jadi, jika diharuskan melihat, membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan. Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu, iaitu:


1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.


2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.


3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.


4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.


5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.

Wallahu a’lam.



Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

WALLAHUALAM

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, “ Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tidak pernah melakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, “ mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “ Inilah saksi-saksimu…..”
Tiba-tiba mata berbicara, “ Saya yang memandang,”
disusuli dengan telinga, “ Saya yang mendengar perkara itu”
Hidung pun tidak ketinggalan, “ Saya yang mencium”
Bibir pun mengaku dengan slumbernya, “ Saya yang merayu”
Lidah menambah dengan berani, “ Saya yang menjilat dan menghisap”
Tangan tanpa malu meneruskan, “ Saya yang meraba dan meramas”
Kaki pula menyusul, “ Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah! Kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia amat berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, “ Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “ Silakan wahai bulu mata”

“ Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada suatu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian airmata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAKA, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga : “ Lihatlah hamba ALLAH ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

Pengajaran Yang Boleh Diambil……
Walau Sebesar Mana Pun Kesilapan, Kesalahan Mahupun Dosa Yang Telah Dilakukan, Apabila Ada Kesedaran Dan Keinsafan, Bertaubatlah Dengan Sepenuh Hati. Maka ALLAH Akan Memberi Keampunan Pada Orang-Orang Yang Bertaubat… Kerana ALLAH itu Maha Pengampun…