Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga. Dia tiada zuriat dan sangat menginginkannya. Lalu terdetik dalam hati dia (bernazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Takdir Allah S.W.T., isteri si lelaki tadi telah hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Bagaimana dia nak tunaikan nazar nya itu?

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah
bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat (solat mengikut syariat Nabi Musa a.s) dan minum air tu.

Lelaki itu pun berasa senang hati dan segera menjalankan apa yang di perintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Ker selamba dan tak kesah

Apapun, yang paling patut kita fikirkan ialah perihal makan di luar, makan di restoran-restoran yang kita tidak kenal siapa tukang masaknya. Terutamanya makan di kedai mamak.

Saya pun pelik, kenapa la kita ni suka benar makan kat kedai-kedai mamak tu. Kadang-kadang, pagi petang, siang malam makan di kedai mamak!

“Teh tarik satu, roti canai satu.”

Bukanlah saya anti kedai mamak. Atau anti makan luar. Tapi kita kena fikir kesan daripada memakan masakan orang yang tak solat.

Saya percaya, ada ramai tukang masak yang tak solat. Kita pulak, pi makan bekas air tangan diorang. Maka, gelaplah hati kita. Sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Ingat saudara-saudari ku sekalian. Berhati-hati dengan apa yang kita makan.
Solat sangat penting. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra ‘ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain disampaikan melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah SAW sedang nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah! As Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat! Solat! Jangan sekali-kali kamu abaikan. Dan peliharalah (pesan supaya suruh solat) orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”

Kesimpulan

1. Sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan 
    solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.
2. Berhati-hati lah dalam memilih makanan. Elakkan memakan masakan yang 
    dimasak oleh tukang masak yang tidak solat atau yang selalu meninggalkan 
3. Para ibu, para isteri, tunaikanlah solat sebaik mungkin. Kerana air tangan 
    mu memberikan kesan yang sangat besar kepada suami dan anak-anakmu.


Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan mentaati semua perintah Allah.

Post A Comment:

0 comments: