“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, “ mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”
Jawab malaikat, “ Inilah saksi-saksimu…..”
Tiba-tiba mata berbicara, “ Saya yang memandang,”
disusuli dengan telinga, “ Saya yang mendengar perkara itu”
Hidung pun tidak ketinggalan, “ Saya yang mencium”
Bibir pun mengaku dengan slumbernya, “ Saya yang merayu”
Lidah menambah dengan berani, “ Saya yang menjilat dan menghisap”
Tangan tanpa malu meneruskan, “ Saya yang meraba dan meramas”
Kaki pula menyusul, “ Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”
“Nah! Kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat.
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia amat berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, “ Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “ Silakan wahai bulu mata”
“ Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada suatu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian airmata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAKA, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga : “ Lihatlah hamba ALLAH ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”
Pengajaran Yang Boleh Diambil……
Walau Sebesar Mana Pun Kesilapan, Kesalahan Mahupun Dosa Yang Telah Dilakukan, Apabila Ada Kesedaran Dan Keinsafan, Bertaubatlah Dengan Sepenuh Hati. Maka ALLAH Akan Memberi Keampunan Pada Orang-Orang Yang Bertaubat… Kerana ALLAH itu Maha Pengampun…
Post A Comment:
0 comments: