Saidina Ali lalu memanggil dan menegur lelaki itu, dengan harapan agar lelaki itu berhenti lalu perkenalkan dirinya kepada Saidina Ali. Namun lelaki itu langsung tidak menghiraukan panggilan Saidina Ali dan tidak menyahut dan bersuara walau sepatah kata pun pada Saidina Ali. Sikap lelaki itu membuatkan Saidina Ali pergi mengejar lelaki itu untuk mendapatkannya.
Apabila Saidina Ali sudah berada berhampiran di belakang lelaki itu, Saidina Ali cuba untuk memberhentikan langkah lelaki itu dari terus berjalan dengan memegang erat tubuh lelaki itu dari arah belakang. Yang menakjubkan ialah, lelaki itu mampu berjalan seperti sediakala biasanya, malah seolah-olah tidak merasai berat dan tidak rasa terbeban hatta sedikit pun, dari tarikan Saidina Ali yang luar biasa kuat dan gagahnya itu!. Sedangkan pada saat yang sama, Saidina Ali telah dan sedang berusaha dengan sekuat-kuat tenaganya untuk memberhentikan langkah lelaki itu, sampaikan kedua-dua kaki Saidina Ali terpasak dan terbenam ke dalam bumi hingga ke paras lutut, ibarat dah macam tenggala jadinya.
Setelah tiba ke masjid, lelaki itu terus mendirikan solat subuh di samping baginda Nabi SAW. Rasulullah SAW menjadi imam sedang lelaki itu menjadi ma'mum. Tidak lama selepas selesai solat berjemaah, Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah lelaki yang sebentar tadi solat di samping mu, wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab, "itulah dia pakcik kamu dan pakcik aku, Saidina Hamzah." Saidina Ali menjawab, "Saidina Hamzah rupanya.......!!!"
Peristiwa2, kisah2, sirah2 dan riwayat2 berkaitan dengan sejarah hidup Saidina Hamzah serta kejadian2 peristiwa yang menceritakan berkenaan keperkasaan Saidina Hamzah kurang digembar-gemburkan, kerana antara sebab-musababnya yang boleh jadi ialah kerana tidak ramai di kalangan umat Islam yang mengetahui dan berpengetahuan mendalam berkenaan sirah riwayat hidup Saidina Hamzah r.a, meliputi kisah-kisah kepahlawanan dan keperkasaan beliau, samada di waktu beliau sudah memeluk Islam mahupun di zaman yang terlebih awal dahulu sebelum beliau memeluk ajaran Islam, kerana beliau gugur syahid lebih awal, sebagai penghulu para syuhadaa' di medan uhud.
WALLAHUALAM
Post A Comment:
0 comments: