BERBUAT baik kepada ibu bapa tidak berakhir selepas kematian mereka, tetapi hendaklah diteruskan selepas kematian mereka.

Di antara amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak ialah:

- Menyembahyangkan jenazahnya.
Jika anak lelaki, maka lebih utama dia mengimamkan solat jenazah ke atas kedua ibu bapanya serta membaca doa bagi mereka.

- Sentiasa memohon keampunan dosa kedua ibu bapa.
- Menunaikan janji.
Anak digalak menunaikan janji yang belum sempat ditunaikan oleh ibu bapa sebelum kematiannya. Janji ini termasuk sedekah jariah, wakaf dan derma.

- Berbuat baik kepada sahabat baik ibu bapa seperti meneruskan hubungan silaturahim dengan sahabat baik mereka.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Sesungguhnya termasuk perbuatan yang paling baik ialah meneruskan silaturahim dengan sahabat baik bapanya sesudah bapanya meninggal. (Hadis riwayat Muslim).

- Membantu keluarga yang dulunya dibantu oleh ibu bapanya.
Abu Daud meriwayatkan satu hadis, bermaksud: Sudah datang seorang bertanya kepada Rasulullah, adakah sesuatu kebaikan yang masih dia dapat dilakukan kepada ibu bapanya, selepas mereka meninggal dunia. Rasulullah menjawab: Ada, iaitu mendirikan solat jenazah bagi keduanya, berdoa meminta ampun bagi kedua-duanya, melaksanakan apa yang menjadi janji keduanya, memuliakan orang yang menjadi sahabat kedua-duanya dan memberi pertolongan kepada keluarga yang bergantung kepada kedua-duanya. (Hadis riwayat Abu Daud).

Post A Comment:

0 comments: