FALLEN ANGEL BERTANYA:
Apa pendapat Ustaz tentang Surah Al Kahfi Ayat 98 di bawah?
“Zulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya (dinding) hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar".

Memang dinding itu sudah pecah (zaman Rasulullah dah sebesar ibu jari) tapi apakah yang dimaksudkan dengan ayat 98 di atas? Kerana ada yang mengambil ayat di atas secara literal, dan ada yang mengambilnya secara metafora. Kalau kita mengambilnya secara literal, maka ayat di atas mengatakan bahawa dinding itu akan hancur luluh 'apabila datang janji Tuhanku'. Apakah pula maksud 'apabila datang janji Tuhanku'? Apakah maksudnya apabila hampirnya Kiamat?

Dalam Surah Al-Anbiya ayat 96-97:
"Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir.”
“(Mereka berkata): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim."

Mungkinkah dinding itu sudah pecah tetapi belum cukup untuk membolehkan Yakjuj & Makjuj keluar beramai2? Sehingga memerlukan Allah menghancurluluhkan tembok itu dengan kekuasaanNYA? Bagaimana pula dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan kaum itu telah pun muncul semula & mereka berada di kalangan kita? Sedangkan mengikut hadis, Yakjuj & Makjuj hanya akan keluar selepas matinya Dajjal di tangan Nabi Isa?

Minta pencerahan Ustaz. Semoga diskusi ini memberi manfaat kpd semua.

PENJELASAN:
Perkara ini melibatkan TAFSIR, maka saya/kita kena sangat berhati-hati. Tentang “APABILA TELAH SAMPAI JANJI TUHANKU” itu, saya tidak ada pengetahuan tentangnya. Dari sudut pandangan peribadi, janji yang dimaksudkan ialah janji Tuhan bahawa tembok itu akan musnah suatu hari nanti.

Satu lagi, JANJI YANG BENAR itu memang sangat sesuai dipadankan dengan Hari Kiamat yakni hari kehancuran. Pada hari itu, semua isi bumi musnah termasuklah tembok Yakjuj Makjuj. Cuba kita padankan JANJI YANG BENAR dengan hari kiamat/kehancuran:

“Maka apabila sudah datang HARI KIAMAT/ KEHANCURAN, Dia akan menjadikannya (dinding) hancur luluh; dan HARI KIAMAT/KEHANCURAN adalah benar.”

HANCUR tahap LULUH tentu saja sesuai jika disebabkan oleh hari kiamat/ kehancuran. Ini untuk menunjukkan, betapa kukuh pun binaaan Zulqarnain itu, tidak ada suatu apa pun yang selamat jika kiamat berlaku.
Wallahualam.

Yakjuj Makjuj keturunan Yafits. Yafits ialah anak Nabi Nuh. Pada zaman Zulqarnain, mereka berada di utara dari pergunungan Caucasus. Mereka jenis yang suka buat kerosakan. Penduduk di selatan pergunungan ini minta Zulqarnain tutup satu-satunya laluan ke selatan. Maka Yakjuj Makjuj kekal berada di utara pergunungan ini, di sekitar utara Laut Hitam.

Oleh kerana gagal ke selatan, mereka menyebar ke utara Eropah, Rusia dan utara China (Monggolia, Manchuria, Korea). Ketika itu secara umumnya Yakjuj dan Makjuj terpisah. Namun tembok-tembok penghalang terus saja dibina generasi demi generasi. Dari pinggir Laut Hitam, terus menganjur ke laut China. Tembok Besar China ialah salah satu dinding penghalang Yakjuj Makjuj, tetapi ia hanyalah sambungan, bukan yang asal yang diasaskan oleh Zulqarnain.

Pada zaman Nabi Muhammad, jaringan tembok ini mulai pecah. Lama-kelamaan bangsa-bangsa ganas dari utara dunia ini berjaya meloloskan diri dan membuat kekacauan di selatan. Yakjuj menyerbu dengan gagah sebagai bangsa Khazar yang berjaya menewaskan tentera khalifah. Makjuj pula turun sebagai Monggol lalu membina empayar besar hingga ke Eropah selain meruntuhkan kekhalifahan Baghdad. Yakju turun lagi sebagai tentera Salib dari utara Eropah. Dan kemudiannya turun lagi sebagai Rusia dan fahaman komunisnya. Makjuj pula turun sebagai Jepun (yang sebahagian besar tenteranya asal Manchuria). Dari semasa ke semasa mereka berjaya membuat kekacauan dan kerosakan di dunia ini.

Namun ketika itu mereka menyerbu sebagai Yakjuj DAN Makjuj, iaitu terpisah.

Selepas umat Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa mengalahkan Zionis di Israel, atas nama Hak Asasi Manusia, PBB dan lain-lain, satu tentera bersekutu akan dibina oleh PBB. Tentera bersekutu ini ialah gabungan Amerika, Eropah, China, Rusia dan lain-lain termasuklah beberapa negara Islam sendiri. Mereka inilah Yakjuj Makjuj. Ketika itulah mereka bergerak sebagai satu kesatuan antara Yakjuj dan Makjuj. Sebelum itu mereka turun secara berasingan (iaitu Barat dan Timur). Kini anak cucu mereka turun sebagai satu kesatuan iaitu YAKJUJ DAN MAKJUJ.

Tentera Mahdi dan Nabi Isa tidak akan mampu menghadapi tentera bersekutu ini. Tetapi tentera bersekutu ini akan dimusnahkan oleh tentera Allah berupa haiwan-haiwan kecil. Wallahulam.

Begitulah pandangan saya.

Kesimpulannya, Yakjuj sudah keluar, Makjuj pun sudah keluar. Cuma mereka belum keluar sebagai Yakjuj DAN Makjuj. Yakjuj DAN Makjuj ini akan keluar selepas tentera Mahdi dan Nabi Isa mengalahkan Israel.

Ayat kedua yang tuan petik itu juga menggunakan kalimah FUTIHAT yang bermaksud DIBUKA/ TERBUKA. Ia belum hancur luluh. Hancur luluh tembok itu ialah ketika kiamat.

DIBUKA itu pula asalnya ialah DIBUKA YAKJUJ MAKJUJ, perkataan TEMBOK hanya tafsiran ulama. Boleh jadi ada maksud lain tentang “HINGGA APABILA DIBUKAKAN YAKJUJ MAKJUJ”.

Post A Comment:

0 comments: