Islam melarang seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana dikhuatirkan pihak ketiganya adalah syaitan yang datang merayu dan menggoda. Walaupun ibu bapa membenarkan anak perempuannya keluar dengan lelaki yang bukan muhrim, maka hukumnya tetap haram dan orang tuanya juga memperoleh saham dosa atas perbuatan anaknya.

Rasa cinta adalah anugerah Allah kepada setiap insan dan dia merupakan fitrah yang paling mulia yang disematkan dalam sanubari kita. Mencintai seseorang tidaklah berdosa bahkan dituntut untuk saling sayang menyayangi. Cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki adalah dengan merealisasikan kecintaan tersebut dengan perkahwinan, sebab di dalam perkahwinan tersimpan seribu satu nikmat yang akan mendatangkan keberkatan dalam hidup.

Kemudian untuk mengenali pasangan hidup, perhatikanlah latar belakang keluarganya, apakah dia berada dalam keluarga yang menjalankan perintah agama dengan baik ataupun sebaliknya. Lihatlah tutur kata dan keperibadiannya serta tanggungjawab terhadap ibu bapa dan sahabat-sahabatnya, jika ia disenangi oleh ramai orang, ini juga salah satu bukti bahawa dia tergolong pasangan yang baik. Banyak faktor lain yang boleh dilihat seperti ibadahnya, pendidikannya, pekerjaannya dan sebagainya, tetapi yang paling penting nilailah dari sudut amalan agamanya.

Wallahu A'lam.

Post A Comment:

0 comments: