Siapa yang tidak inginkan rambut tebal menawan. Bagi yang berambut nipis mari cuba mengamalkan petua melebatkan rambut nipis ini. Petua rambut lebat ini menggunakan minyak zaitun, minyak zaitun bukan sahaja digunakan untuk memasak sahaja banyak lagi khasiat-khasiat yang ada pada minyak zaitun yang boleh dimanfaatkan kepada kecantikan dan kesihatan.

Petua Melebatkan Rambut

Bahan-bahan:

2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar minyak bijan
2 biji telur
2 sudu besar santan asli
2 sudu besar minyak kelapa

Cara-caranya:

1.Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih 

   kurang 30 saat, ramuan akan berbuih kerana terdapat telur.
2.Ketika mandi selepas membersihkan rambut dengan syampu, sapu rata 

   ramuan tadi dan urutkan ke seluruh kulit kepala.
3.Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air 

   suam.


Petua melebatkan rambut ini bolehlah diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

Mengelakkan Perut Buncit

Bersarapan Dengan Yogurt

Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.


Jangan Gelojoh

Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar-benar hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan tersekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.


Kurangkan Garam

Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan korang dan menyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.


Minum Air

Sekiranya korang berasa perut korang kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, korang boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.


Pengambilan Serat Yang Tepat

Pengambilan serat dari buah-buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.

Post A Comment:

0 comments: